KUALA LUMPUR: AirAsia X bakal melebarkan sayapnya ke Asia Tengah sebagai syarikat penerbangan Malaysia pertama yang terbang secara langsung ke Almaty, Kazakhstan bermula 14 Mac 2024.
Penerbangan AirAsia ke Asia Tengah membuktikan prestasinya sebagai syarikat penerbangan jarak sederhana dalam meneroka peluang baharu bagi pengembara, pencinta makanan dan mereka yang ingin mendalami kepelbagaian budaya.
Syarikat penerbangan AirAsia X yakin akan menyumbang peningkatan yang tinggi dalam perjalanan dua hala antara Kuala Lumpur dan destinasi unik ini dengan aksesibiliti yang lebih berpatutan.
Almaty merupakan pusat perdagangan dan kebudayaan Kazakhstan, menawarkan para pengembara dengan landskap yang indah, kekayaan warisan budaya dan campuran perpaduan tradisional dan moden.
Almaty juga berperanan sebagai gerbang ke salah satu daripada 10 negara terbesar di dunia.
Duta Besar Republik Kazakhstan ke Malaysia, Bulat Sugurbayev berkata, penglibatan AirAsia X ke Kazakhstan merupakan suatu pencapaian yang membanggakan dalam hubungan negara mereka.
"Hubungan udara secara terus antara Kuala Lumpur dan Almaty dijangka meningkatkan sektor pelancongan dan perdagangan serta memperkukuhkan hubungan antara kedua-dua negara kami," katanya dalam kenyataan media di sini.
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Benyamin Ismail berkata, ia adalah pasaran baru sepenuhnya bagi AAX dan merupakan laluan strategik untuk diteroka secara lebih luas lagi, sekali gus mendekatkan bahagian dunia lain kepada Asia Tenggara.
Katanya, sebagai usaha pertama ke Asia Tengah, pengembangan ke pasaran Kazakhstan adalah bukti kukuh terhadap visi dan tekad pihaknya untuk meneroka destinasi baru serta meneruskan perkhidmatan ke destinasi paling popular selepas pandemik.
"Langkah untuk memperkenalkan penerbangan langsung ke Almaty dijangka akan mendorong pertukaran perdagangan dan pendidikan, mengambil kira status Kazakhstan sebagai negara terkaya di Asia Tengah.
"Sempena sambutan ulang tahun ke-16 AirAsia X pada bulan ini, kami tetap komited untuk menyediakan penyambungan yang tiada tandingannya dengan tambang yang bernilai hebat untuk destinasi kegemaran para tetamu kami.
"Dengan laluan baru ini, matlamat kami bukan sahaja untuk meningkatkan peluang perjalanan antara dua destinasi besar dan berpenduduk, tetapi juga untuk mengukuhkan lagi ikatan yang terjalin antara Kazakhstan dan Malaysia selain memajukan sektor sosioekonomi di kedua-dua negara," katanya.
Seiring dengan persediaan AirAsia X yang bakal melancarkan enjinnya buat kali pertama ke Asia Tengah, untuk para pengembara bagi merasai keajaiban Almaty dengan tambang promosi pengenalan bermula RM99.
Tempahan bermula 24 hingga 30 November 2023 bagi tempoh perjalanan antara 14 Mac dan 26 Oktober 2024. - DagangNews.com
Dagang News
Fri Nov 24 2023
Tempahan bermula 24 hingga 30 November 2023 bagi tempoh perjalanan antara 14 Mac dan 26 Oktober 2024. -Dagang News
Mahkamah Persekutuan tolak permohonan Apandi dalam kes saman Kit Siang
Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Apandi untuk mendapatkan kebenaran meneruskan rayuannya terhadap penolakan Mahkamah Rayuan berkenaan tuntutan RM10 juta yang difailkannya terhadap Kit Siang.
Faisal Halim teringin makan nasi kandar
KEADAAN pemain Selangor FC, Faisal Halim semakin bertambah positif termasuk sudah teringin untuk menikmati nasi kandar.
Tiada laporan individu cedera langgar benang di SUKE - Polis
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya terkesan satu paparan berkaitan insiden itu yang tular di laman sosial pada Isnin.
14 maut, puluhan cedera dalam runtuhan papan iklan di India
Sekurang-kurangnya 14 terbunuh dan berpuluh-puluh lagi cedera pada Isnin selepas papan iklan tumbang semasa cuaca buruk di ibu kota kewangan India, Mumbai.
Menyamar pegawai NSRC: ABM dan AIBIM gesa orang ramai hati-hati
Persatuan Bank-Bank dalam Malaysia (ABM) dan Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM) menggesa orang ramai supaya lebih berhati-hati.
Malaysia yakin capai 50 peratus tahap sara diri sektor daging 2030 - Mohamad Sabu
Negara yakin capai sasaran 50 peratus tahap sara diri (SSL) bagi sektor daging lembu menjelang 2030, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.
UUM diiktiraf universiti awam nombor satu di Malaysia
Pengiktirafan yang diumumkan itu membolehkan UUM berada di tangga ke-71 terbaik dunia berbanding tangga ke-95 pada tahun lalu.
Bekas Pegawai tinggi Pertubuhan Peladang didakwa rasuah
Seorang pegawai hal ehwal ekonomi Lembaga Pertubuhan Peladang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh kerana didawka menerima suiapan dan membuat tuntutan palsu RM64,550 sejak empat tahun lalu.
Bakal jemaah terkandas, kerajaan, TH cari jalan penyelesaian terbaik
Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Lembaga Tabung Haji (TH) masih dalam proses mencari jalan terbaik bagi membantu menyelesaikan isu melibatkan sekumpulan bakal jemaah Malaysia terkandas.
'Geng Bala' perdagang manusia untuk seks tumpas
Sindiket pemerdagangan manusia untuk eksploitasi seks tumpas dengan penahanan lapan individu termasuk ketua sindiket dalam enam serbuan berasingan di sekitar kawasan Johor Bahru dan Kulai.
Kerugian bersih Airasia X meningkat kepada RM305.24 juta
Perolehan hasilnya turut berkurangan kepada RM91.44 juta daripada RM1.01 bilion sebelum ini.
AirAsia X mungkin kembali ke India
Airasia X melihat kemungkinan akan memulakan kembali laluan ke eropah dan India yang dihentikan akibat kos tinggi sebelum ini.